13 March 2011

Kenapa mesti pilih kebencian?

Posted by Princess Esya at 12:15 AM

Kenapa manusia membenci sedangkan sejak lahir, ibu ajarkan kita tentang kasih sayang. Betapa kasih sayang itu dapat menjernihkan apa yang keruh. Bukankah membenci itu hanya menyakitkan hati sendiri? Bukankah memaafkan itu lebih baik? Biar kita sakit, biar kita terluka. Maafkan. Kadang² kita tersilap membuat tafsiran. Apa yang kita fikir tak seperti yang sedang berlaku. Kita menuduh, kita mula menanam benci. Untuk apa? Apa yang kita dapat dari sifat benci itu? Selain sakit hati, kita mungkin memalukan diri sendiri.

Dalam dunia, tak siapa pun sempurna. Dimana yang kurang, apa salahnya kita baiki. Tambah apa yang patut dan buang apa yang buruk dan berkarat dalam diri. Jadi kenapa masih mahu membenci? Kenapa mahu juga pilih kebencian? Seronok? Menggembirakan? Tak. Kita sendiri yang sakitkan hati sendiri dengan sifat benci. Kikislah dan fikir positif. Hidup ini terlalu singkat untuk kau letakkan kebencian di tengah² perjalanan yang kau fikir masih jauh. Tak siapa tahu jika esoknya orang yang kau benci akan mati. Kau suka bila terjadi begitu? JANGAN. Mungkin disebabkan wujudnya orang yang kau benci itulah kau mula belajar jadi lebih baik. Untuk perbaiki apa yang buruk dalam diri kau. Dan dari situ jugalah kau belajar tentang hidup yang tak selalunya indah. Jika semuanya indah² belaka, seronok dan amat menggembirakan, apa pula dugaan yang akan buat kau belajar tentang sesuatu yang baru? Sekali lagi, kenapa harus tanam sifat benci?

Kita sendiri pun bukan semua orang suka. Bukan semua orang sayang. Ada juga yang membenci. Sentiasa ada yang membenci walau apa pun yang kita lakukan. Kau mahu membenci kembali kah? TAK. Api dengan api tak mungkin boleh menjernihkan keadaan. Salah satu mesti menjadi air atau pasir. Kau pula bagaimana?

Masih memilih kebencian?


0 Org Nak Chontenk Jugak ^_^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

~* Welcome To Esya Official Blogger *~ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates